28 May
28May

Bismillahirahmanirahim..

            Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa, dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya, dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

            Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah tercinta saya, Dr Nur Farahkhanna Binti Muhd Rusli, kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya dapat membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.

            Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus  ini. Mereka telah  memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sehingga saya berjaya menyelesaikan tugasan membina blog ini.

            Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya ajukan kepada mereka.

            Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan blog pembelajaran Bahasa Melayu (Karangan Fakta) ini. Sekian terima kasih.

Comments
* The email will not be published on the website.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING