28 May
28May

Bagi menghasilkan sebuah karangan yang menepati ciri-ciri sebuah karangan yang bagus dan cemerlang, penggunaan bahasa dalam penulisan tersebut perlulah menarik. Untuk memastikan bahasa yang digunakan itu menarik dan tidak hambar, pertama sekali, pelajar perlu menguasai aspek penanda wacana.

            Penanda wacana ialah kata atau rangkai kata yang digunakan untuk merangkaikan ayat dengan ayat yang lain bagi menunjukkan wujudnya satu kesatuan ayat yang utuh. Oleh sebab penanda wacana itu merangkaikan ayat dengan ayat, maka penanda wacana itu juga dikenali sebagai perangkai ayat atau peranti linguistik.

            Selain itu, penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi mempertalikan sesuatu idea, hujah dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun semasa berucap. Penanda wacana amat penting dalam sesebuah teks kerana penanda wacana dapat mewujudkan pertautan atau kesinambungan antara sebahagian teks dengan yang lain sehingga membentuk kesatuan.

            Penanda wacana juga merupakan unsur-unsur bahasa yang mewujudkan kohesi dan koheren antara satu teks dengan teks yang lain sehingga membentuk satu kesatuan. Tambahan lagi, kehadiran penanda wacana dianggap sebagai signifikan. Hal inidemikian kerana, tanpa kehadiran penanda wacana yang tepat akan menyebabkan idea yang diturunkan seolah-olah tidak mempunyai pautan yang lengkap. Terdapat 4 jenis penanda wacana iaitu penanda pertentangan maklumat, penanda tambahan, penanda musabab dan penanda tempoh/ urutan masa.

  • Penanda Pertentangan Maklumat
  • Bagaimanapun
  • Walau bagaimanapun
  • Namun
  • Sungguhpun demikian
  • Tetapi
  • Namun begitu
  • Meskipun
  • Walaupun demikian
  • Sebaliknya
  • Biarpun demikian
  • Namun demikian
  • Penanda Musabab
  • Oleh hal yang demikian
  • Dengan itu
  • Maka itu
  • Oleh itu
  • Oleh sebab itu
  • Penanda Tambahan
  • Malahan
  • Lebih-lebih lagi
  • Tambahan pula
  • Selain itu
  • Contohnya
  • Di samping itu
  • Selanjutnya
  • Penanda Tempoh/Urutan Masa
  • Seterusnya
  • Akhirnya
  • Pertama
  • Mula-mula
  • Selepas itu
  • Kemudian
  • Maka
  • Lain-lain
  • Pada hakikatnya / Sesungguhnya,...
  • Sebenarnya, / Pada hakikatnya,...
  • Dengan kata lain /Dengan erti kata yang lain...
  • Maksudnya di sini...
  • Hal ini bermakna...
  • Oleh sebab itu/ lantaran itu...
  • Walhal/Oleh hal yang demikian...
  • Sedangkan / Pada hal...
  • Meskipun/Sungguhpun...
  • Walaupun / sekalipun...
  • Ekoran daripada / Akibatnya...
  • Rentetan daripada/ lanjutan itu...
  • Dalam konteks ini/Dalam hubungan ini...
  • Hal ini bertepatan /bersesuaian dengan...

Selain daripada penggunaan penanda wacana, aspek lain yang penting dalam menghasilkan sesebuah karangan yang indah dan menarik dari sudut bahasa ialah penggunaan tatabahasa yang tepat. berikut merupakan kesalahan tatabahasa yang sering dilakukan oleh pelajar. Dengan merujuk senarai kesalahan tatabahasa ini, diharapkan agar pelajar tidak mengulangi kesalahan penggunaan bahasa yang sama dalam membina karangan.

1. Kesalahan dari Segi Kata

Kata Ganti Diri

1. Kata beliau, dia, ia, kamu, kita, dan mereka sering digunakan dengan salah.

2. Kata beliau tidak harus digunakan untuk orang yang tidak dihomari atau kanak-kanak dan binatang. Contoh:

            - Ahmad dihukum. Beliau ponteng sekolah. (salah)

            - Ahmad dihukum. Dia ponteng sekolah. (betul)

3. Kata dia dan ia tidak boleh digunakan untuk binatang dan benda.

- Baju ini mahal. Ia diimport dari Itali. ( salah )

- Baju ini mahal. Baju ini diimport dari Itali. ( betul )

- Kucing ini sakit. Ia perlu dirawat. ( salah )

- Kucing ini sakit. Beruang ini perlu dirawat. ( betul )

4. Kata kami bererti “ saya dengan dia”. Orang yang diajak bercakap tidak disertakan. Kita bererti “anda dengan saya” atau “anda dengan kami”. Orang yang diajak bercakap disertakan.

- “Kami mesti memenangi perlawanan ini,” kata Anas kepada Nazrul. ( salah )

- “Kita mesti memenangi perlawanan ini,” kata Anas kepada Nazrul. ( betul )

- “Kita akan ke rumah awak,” kata Ayu dan Tina kepada Suzie. ( salah )

- “Kami akan ke rumah awak,” kata Ayu dan Tina kepada Suzie. ( betul )

5. Kata mereka tidak boleh digunakan untuk benda dan binatang dan tidak boleh diulang.

- Ayam-ayam itu dikurung. Mereka akan disembelih. ( salah )

- Ayam-ayam itu dikurung. Ayam-ayam itu akan disembelih. ( betul )

- Buku-buku ini tebal. Mereka Syimir baca. ( salah )

- Buku-buku ini tebal. Buku-buku ini Syimir baca. ( betul )

- Mereka-mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat. ( salah )

- Mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat. ( betul )


Kata Bilangan

1. Terdapat 6 jenis kata bilangan:

  • Kata bilangan tentu seperti satu, seratus, sejuta dan sebagainya.
  • Kata bilangan tak tentu seperti beberapa, para, semua, setengah-setengah, dan sebagainya.
  • Kata bilangan pecahan seperti setengah, suku, dan sebagainya.
  • Kata bilangan pisahan seperti masing-masing, dan setiap.
  • Kata bilangan himpunan seperti berbagai-bagai, kedua-dua, dan sebagainya.
  • Kata bilangan tingkat seperti pertama, kedua, keenam dan sebagainya.

2. Kata bilangan seperti setengah-setengah, tiap-tiap, berbagai-bagai dan kedua-dua tidak boleh disingkatkan.

3. Kata para tidak boleh diulang.

4. Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga dan seterusnya tidak boleh didekatkan dengan kata bilangan pecahan seperti suku dan setengah untuk penghitungan.

Penjodoh Bilangan

1. Penjodoh bilangan biasanya digunakan dengan kata bilangan.
2. Tetapi, ada kalanya penjodoh bilangan tidak perlu digunakan.

SALAH

BETUL

setiap orang murid

semua orang pekerja

seluruh buah kampung

segala ekor binatang

sekalian orang peserta

para orang guru

setiap murid

semua pekerja

seluruh kampung

segala binatang

sekalian peserta

para guru

 

 

 

 

 

 

 


3. Penjodoh bilangan tidak juga diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak.

SALAH

BETUL

beberapa buah usul

kedua-dua bentuk sifat

setiap buah sumbangan

semua buah pendapat

segala butir cadangan

tiap-tiap bentuk kenangan

pelbagai bentuk teguran

beberapa usul

kedua-dua sifat

setiap sumbangan

semua pendapat

segala cadangan

tiap-tiap kenangan

pelbagai teguran

Kata Sendi

1.Kata sendi yang sering digunakan dengan salah ialah dari dan daripada; di dan pada;

 ke dan kepada .

2. Kata dari digunakan untuk tempat dan waktu. Kata daripada digunakan untuk orang,

perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, dan untuk menunjukkan keanggotaan.

SALAH

BETUL

Devi datang daripada Batu Kurau.

Saya menunggu Yatie daripada pukul dua.

Ely terima surat dari Elyas

Baju yang dipakai oleh Nadia dibuat dari sutera.

Dari 5 ekor anak ayam, hanya seekor yang hidup

Devi datang dari Batu Kurau.

Saya menunggu Yatie dari pukul dua.

Ely menerima surat daripada Elyas.

Baju yang dipakai oleh Nadia dibuat daripada sutera.

Daripada 5 ekor anak ayam, hanya seekor yang hidup.


3. Kata di digunakan untuk tempat sahaja. Kata pada digunakan untuk masa, orang, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu.

Contoh: 

 a. Di musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( salah )
~ Pada musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( betul )

 b. Dengan pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan. ( salah )
~ Pada pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan. ( betul )

4. Kata ke digunakan untuk tempat, masa, dan benda konkrit tidak bernyawa. Kata kepada pula digunakan untuk benda bernyawa.

Contoh:

 a. Wang itu diberikan ke Rahmah. ( salah )
- Wang itu diberikan kepada Rahmah. ( betul )

b. Latihan itu akan diadakan dari semasa kepada semasa. ( salah )
- Latihan itu akan diadakan dari semasa ke semasa. ( betul )

Kata Hubung

1. Ada 3 jenis kata hubung iaitu:

  • Kata hubung gabungan seperti atau, dan, lalu, maka, serta, dan tetapi.
  • Kata hubung pancangan seperti agar, bahawa, apabila, hingga, jika, dsb.
  • Kata hubung berpasangan seperti baik…ataupun, baik…mahupun. Bukan saja….tetapi juga dan sebaginya.

2. Kata hubung sering digunakan salah sebagai akibat tidak memahami cara menggunakan kata-kata hubung tersebut. Contoh:

  • Nazrul bangun tetapi memberikan jawapan.
  • Budak itu cantik kecuali sombong.
  • Budin akan tidur di rumah Seha dan di hotel.
  • Agar segalanya berjalan lancar, usaha kita akan berjaya.

Penggunaan Kata Yang Tidak Tepat

1. adakah dan apakah: Adakah digunakan untuk mendapat jawapan ya atau tidak.

Apakah digunakan untuk mendapat jawapan tentang nama binatang, benda dan perbuatan.

SALAH

BETUL

Apakah benar kata-katamu itu?

Apakah dia menangis?

Apakah aku bersalah?

Adakah benar kata-katamu itu?

Adakah dia menangis?

Adakah aku bersalah?


2. boleh dan dapat : Boleh lebih tepat digunakan dalam hubungan dengan keizinan.

Dapat lebih sesuai digunakan dalam hubungan dengan keupayaan atau kemampuan.

SALAH

BETUL

Syimir sudah boleh menunggang kuda.

Mazni tidak boleh pergi kerana demam.

Kami tidak boleh datang kerana hujan.

Syimir sudah dapat menunggang kuda.

Mazni tidak dapat pergi kerana demam.

Kami tidak dapat datang kerana hujan.

 

 

 

 


3. bukan dan tidak: Bukan digunakan apabila frasa nama menjadi predikat.

Tidak digunakan apabila frasa adjektif dan frasa kerja menjadi predikat.

SALAH

BETUL

Cincin ini bukan cantik.

Kami bukan membaca buku.

Basikal ini bukan mahal.

Saya bukan duduk di situ.

Cincin ini tidak cantik.

Kami tidak membaca buku.

Basikal ini tidak mahal.

Saya tidak duduk di situ.

 

2. Kesalahan Dari Segi Frasa

Frasa Nama (Bentuk Jamak dan Hukum DM)

1. Bentuk jamak dapat dinyatakan melalui:

· Pengulangan kata nama seperti: guru-guru, murid-murid, dan sebagainya.

· Penggunaan kata bilangan seperti dua biji guli, semua murid, dan sebagainya.

· Pengulangan kata adjektif seperti baik-baik, rajin-rajin dan sebagainya.

· Penggunaan kata yang mendukung makna jamak seperti rakyat.

2. Jika kata bilangan yang membawa makna jamak digunakan, kata nama yang menyertai kata bilangan itu tidak perlu diulang. Contoh:

· dua biji telur

· semua murid

· para pendidik

· pelbagai acara

· segala haiwan

· sekalian penduduk

· seluruh kawasan

3. Oleh sebab kata adjektif yang diulang sudah membawa makna jamak, maka kata nama tidak perlu diulang. Contoh:

· Lukisan itu cantik-cantik belaka.

· Pakaian di situ mahal-mahal harganya.

· Ayam di situ gemuk-gemuk.

· Pemuda di sini gagah-gagah belaka.

· Gadis di sini cantik-cantik.

· Kuih itu sedap-sedap rasanya.

4. Hukum DM pula ialah hukum tentang menyusun kata-kata untuk membentuk frasa nama dalam ayat:

· D beerti unsur yang diterangkan

· M beerti unsur yang menerangkan

Contoh:

SALAH

BETUL

lain-lain hal

Nani Kedai Roti

goreng cempedak

Maggi mi

tomato sos

mini bas

mini taman

hal-hal lain

Kedai Roti Nani

cempedak goring

mi Maggi

sos tomato

bas mini

taman mini

 

5. Frasa Adjektif

· Frasa adjektif ialah kata adjektif atau sekumpulan kata yang mempunyai kata adjektif sebagai kata utamanya dan dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat.

· Frasa adjektif sebagai predikat ayat boleh disertai kata penguat seperti amat, sangat, dan paling.

· Kata adjektif yang berawalan ter- boleh bertugas sebagai penerang tetapi tidak boleh bertugas sebagai predikat.

Contoh:

SALAH

BETUL

Bangunan itu tertinggi.

Nani terpandai.

Orang itu terkuat.

Bangunan itu paling tinggi.

Nani paling pandai.

Orang itu paling kuat


· Apabila kata adjektif berawalan ter- digunakan sebagai penerang, kata penguat tidak diperlukan.

Contoh: Nani mendapat markah yang terbaik sekali di dalam kelas. ( salah )
Nani mendapat markah yang tertinggi di dalam kelas. ( betul )

  Itulah gunung yang tertinggi sekali di dunia. ( salah )
Itulah gunung yang tertinggi di dunia. ( betul )

· Frasa adjektif mesti dikuti oleh frasa sendi apabila frasa adjektif itu diperluas.Contoh:

SALAH

BETUL

Budak itu tidak suka durian.

Nora sangat takut anjing.

Nani sangat gemar filem Hindustan.

Mereka tidak perlu pertolongan kami.

Saya benci sikapnya itu.

Budak itu tidak suka akan durian.

Nora sangat takut akan anjing.

Nani sangat gemar akan filem Hindustan.

Mereka tidak perlu akan pertolongankami.

Saya benci akan sikapnya itu.

 

Frasa Kerja Pasif

1. Frasa kerja pasif ialah frasa kerja yang bertugas sebagai predikat dalam ayat pasif.

2. Frasa kerja pasif terbahagi kepada :

· frasa kerja pasif diri pertama

· frasa kerja pasif diri kedua

· frasa kerja pasif diri ketiga

3. Frasa kerja pasif diri pertama ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang tidak berawalan men- tetapi didahului oleh kata ganti diri pertama aku, kami, kita, saya dan sebagainya.

4. Frasa kerja pasif diri kedua ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang tidak berawalan men-tetapi didahului oleh kata ganti diri kedua anda, awak, kamu dan sebagainya.

5. Frasa kerja pasif diri ketiga ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang berawalan di- serta diikuti oleh frasa sendi ( oleh + frasa nama ). Kata oleh pada frasa sendi itu boleh digugurkan.

6. Bentuk frasa kerja pasif diri pertama tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif diri ketiga.

SALAH

BETUL

diambil olehku

dibuang oleh kami

disimpan oleh kita

dihantar oleh saya

dilaksanakan oleh patik

diburu oleh hamba

kuambil

kami buang

kita simpan

saya hantar

patik laksanakan

hamba buru


7. Bentuk frasa kerja pasif diri kedua pun tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif diri ketiga.

SALAH

BETUL

ditanya oleh anda

diberikan oleh engkau

dibeli oleh kamu

dikirim oleh awak

diperintahkan oleh tuanku

dibersihkan oleh kalian

anda Tanya

engkau berikan

kamu beli

awak kirim

tuanku perintahkan

kalian bersihkan


8. Bentuk frasa kerja pasif diri ketiga pula tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif diri pertama dan farasa kerja pasif diri kedua.

SALAH

BETUL

beliau tulis

dia kumpulkan

mereka kutip

baginda rasmikan

ia bersihkan

ditulis oleh beliau

dikumpulkan olehnya

dikutip oleh mereka

dirasmikan oleh baginda

dibersihkan olehnya


8. Kata-kata lain tidak boleh disisipkan di antara kata ganti diri pertama atau diri kedua dengan kata kerja yang tidak berawalan men- itu.

SALAH

BETUL

kami akan atasi

kita perlu tolong

saya sudah kirim

hamba akan khabarkan

patik belum laksanakan

anda mesti edarkan

engkau telah baca

kamu akan baiki

awak mesti siapkan

kalian harus bereskan

akan kami atasi

perlu kita tolong

sudah saya kirim

akan hamba khabarkan

belum patik laksanakan

mesti anda edarkan

telah engkau baca

akan kamu baiki

mesti awak siapkan

harus kalian bereskan

Comments
* The email will not be published on the website.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING